Pada tahap awal pembentukannya,tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan,iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Mnakala kerajaan besar dikeyuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Mauryameliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.
Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda dan ini bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut. Selain raja, golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang ini kerana golongan Brahmin mahir tentng hukum-hukum terutama yang berkaitan dengan keagamaan.
Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tuang itu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka.Beliau senantiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat dan itulah yang menjadikan pemerintahannya adil.
No comments:
Post a Comment