PENDIDIKAN



      Peninkatan dalam bidang pendidkan bermula pada Zaman Vedik.Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya.Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki.Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.
          Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman.Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.



 FALSAFAH


        Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.


SAINS DAN TEKNOLOGI


Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda.Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti.Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic.Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.  



          


                   


SENI BINA


 Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik.Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembangberdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu.Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.






                  


BAHASA DAN KESUSASTERAAN  



 Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya.Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.
        Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.







       

SISTEM SOSIAL


 Dalam tamadun India,salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama,iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.




3 comments:

  1. when I was looking for some material on the internet, your site was on Google where it really helped me in finding articles that were very helpful to read, thank you for creating interesting content and articles for me
    dominoqq online
    poker online
    bandar judi
    judi terpercaya
    agen domino
    situs bandarq

    ReplyDelete